Sunday, May 15, 2011

Cetusan siaintis Islam...Perkongsian Musim Cuti...

Rahsia ilmu sains, teknologi dinyatakan dalam al-Quran terus dibongkar

“BACALAH dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah; yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,” (al-Alaq: 1 hingga 5).


Dimulakan dengan wahyu pertama daripada Al-Quran itu, dunia Jahiliyah yang menggambarkan kemunduran tamadun manusia dari segi sains, teknologi dan intelektual sekitar zaman Rasulullah SAW terus dipacu menuju ke puncak pencapaian.

Berdasarkan teori dan asas pengetahuan pelbagai bidang yang termaktub dalam al-Quran, kajian demi kajian dipelopori umat Islam mewujudkan satu tamadun gemilang dari sudut ilmu, khususnya sains dan teknologi.


Ketika al-Quran diturunkan, pelbagai fakta di dalamnya jelas masih asing di kalangan manusia ketika itu.

Tiada siapa mengetahui hakikat kehidupan seperti tertera dalam al-Quran antaranya cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: mega_shok.gif), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An'aam: 125).



Berbekalkan maklumat daripada kalam Allah itu, umat Islam mula meneroka ilmu sains dan kegemilangannya memuncak pada adab ketujuh apabila umat Islam menunjukkan kecenderungan dan minat mengkaji serta mempelajari pelbagai pengetahuan.

Menjelang pertengahan abad kesembilan, ilmu pengetahuan yang semakin berkembang membuktikan fakta sains dibawa al-Quran adalah benar dan ilmu dalam kitab itu mendahului zaman ia diturunkan.

Ia sekali gus membuktikan kitab itu sememangnya diturunkan Allah SWT dan menafikan dakwaan ia ciptaan manusia.

Kebenaran fakta al-Quran semakin meyakinkan dan pelbagai rahsia kitab suci itu terus digali sehingga kegemilangan sains terus disingkap dalam tamadun Islam menerusi perkembangan ilmu dan penciptaan teknologi.

Muncullah nama-nama besar ilmuwan dan saintis Islam seperti Ibnu Haitham (sains optik), Ibnu Yunus (penciptaan jam) dan Ibnu Nafis (sistem lengkap peredaran darah), Ibnu Sina (sains perubatan), al-Biruni (astronomi) dan al-Khawarizmi (matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah).

Malah, ramai tidak mengetahui ilmuwan Islam mendahului saintis Barat dalam penemuan pelbagai teori, seperti penerokaan awal Ibnu Haitham mengenai hakikat graviti jauh lebih awal sebelum ia dijadikan teori oleh Isaac Newton.

Hal sama ditemui menerusi konsep penerbangan seperti diperjelaskan Ibnu Firnas dan kemudian diadaptasi Wilbur Wright dan Oliver Wright. Abbas ibn Firnas saja sudah meneroka kajian cakerawala kira-kira 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci melakukannya.

Perkembangan ilmu menzahirkan pelbagai ciptaan teknologi dan inovasi. Cendekiawan Islam menghasilkan serbuk salpetre sebagai ubat bedil, penggunaan angka sifar dalam matematik dan proses penyulingan untuk memisahkan bendasing dalam campuran cecair.

Balai cerap untuk mengkaji bintang, peta, glob, kincir air dan angin, bangunan pengisar bijiran termasuk kereta perisai turut dihasilkan saintis Islam ketika itu.

Malangnya, pengembangan ilmu dan kegemilangan Tamadun Islam itu tidak dapat diteruskan, seolah-olah usaha itu seumpama api yang kehabisan minyak, semakin lama semakin malap bermula ketika berakhirnya Kerajaan Abbasiyah. Pelbagai maklumat dan penemuan penting juga dikatakan hilang ketika berlakunya Perang Salib.

Masyarakat Barat yang suatu ketika dulu turut menggali ilmu hasil cernaan cendekiawan Islam sebaliknya mula mengambil alih peranan mengembangkan ilmu pengetahuan.

Malah, seolah-olah cuba menafikan kegemilangan cendekiawan Islam, Barat menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama antaranya Ibnu Sina kepada Avicenna, Al-Biruni (Alberuni), Al-Battani (Albetagnius), Ibnu Haitham (Alhazen), Al-Kindi (Alkindus) dan Ibnu Rushd (Averroes). Sehingga kini, tidak dapat dinafikan kajian dan pengembangan ilmu pengetahuan tidak lagi didominasi umat Islam. Kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini sekadar mampu dikenang, ia sekadar mampu dibanggakan pencapaiannya.

Dengan pengaruh besar dan strategi yang tidak dinafikan berkesan, manusia termasuk umat Islam kini lebih mengenali ilmuwan Barat dalam pelbagai bidang; Issac Newton lebih dikenali daripada Ibnu Haitam dan Wright bersaudara lebih dikenali daripada Ibnu Firnas.

Bagaimanapun, kegemilangan Islam menguasai ilmu ingin terus diabadikan. Saintis Islam, Dr Fuat Sezgin menjejak, mengumpul dan mengembalikan khazanah ilmu hasil Tamadun Islam yang ‘hilang’ menerusi penubuhan Institut Sejarah Sains Islam-Arab di Frankfurt di Johann Wolfgang Goethe Universiti, Frankfurt, Jerman pada 1982.

Sebahagian khazanah sains Islam yang dikumpul penyelidik itu akan dipamerkan menerusi ‘Pameran Sains Islam Mendahului Zaman’ anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)14 Januari 2007.

Sebanyak 150 artifak dan hasil penemuan sains serta penerokaan umat Islam dalam bidang matematik, kesenian dan seni bina; penciptaan dan penemuan perubatan astronomi, pengembaraan dan geografi serta teknologi akan dipamerkan selama seminggu di KLCC dan dua bulan setengah di Pusat Sains Negara untuk dihayati bersama generasi hari ini.

Pameran julung kali bermatlamat mencetuskan kembali kesedaran pentingnya mengkaji dan menerokai sains dan teknologi seterusnya membangkitkan semangat generasi muda meneruskan kesinambungan ilmuwan Islam terdahulu.

Ia juga bertujuan menyedarkan semua pihak bahawa ilmu agama dan ilmu pengetahuan perlu diseimbangkan seperti diamalkan ilmuwan Islam terdahulu yang bukan sekadar mendalami agama, sains dan kesusasteraan, malah mencipta peralatan dengan fungsi melangkaui zaman.

Lebih penting, pencernaan ilmu pengetahuan akan mengembalikan kesedaran manusia kepada hakikat ciptaan alam seperti difirmankan Allah SWT: “(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka’," (Ali Imran: 191).

source: http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t62969.html

Wednesday, April 20, 2011

MALAS : Hindari Sikap Anti-Kejayaan !






Thursday, 08 May 2008
Entry kali ini mungkin dalam bentuk segmen self-improvement yang mana banyak diperkatakan tentang kejayaan tak dpt lari daripada membicarakan soal sikap (attitude) yang membentuk banyak personaliti hebat di dunia.

MALAS... adalah satu penyakit sebenarnya.. bagi orang yang mempunyai sikap malas ini sebenarnya dia tidak ada kesungguhan untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai apa jua peluang, rezeki, masa depan, lain-lain yang diimpikannya.
Saya suka membuat perbandingan, antara kualiti kepimpinan yang ada pada semua tokoh perniagaan dunia dan semua tahap peringkat masyarakat marhean. Jika difahami dan didalami, saya tidak nampak satu seorang pun tokoh perniagaan dunia seperti Bill Gates, Warren Buffet atau Tan Sri Syed Mokhtar alBukhary mempunyai sikap malas dalam bisnes mereka.

Itu satu fakta yang perlu diketahui.. MALAS tiada dalam kamus orang-orang yang berjaya. Ini adalah kerana MALAS itu salah satu sikap negatif yang merujuk kepada anti-kejayaan iaitu penghalang kejayaan. Sebab itulah saya selalu berpesan kepada sesapa jua berusaha gigihlah kalo nak berjaya, jangan sekadar berangan tinggi tapi malas nak usaha apa yang diimpikan itu.

Saya banyak belajar daripada pengalaman orang lain terutamanya daripada mantan Managing Director Hijjaz iaitu En Hashim Ngadiman dan juga Managing Director Telagabiru iaitu Tn Hj Waharp yang cukup proaktif dan senantiasa 'menghidu' ruang dan peluang yang ada di depan mereka.

Bagi saya, orang-orang besar dalam bisnes ini memang cukup hebat daripada personaliti. Rajin dan kuat berusaha, bersabar dan cekal, yakin dan percaya dengan apa jua yang mereka lakukan. Sikap-sikap yang positif itulah memberi hasil yang lebih baik daripada sikap negatif. Sebagai contoh orang yang bersikap rajin memberi makna hasil yang didapati lebih baik daripada orang yang sikapnya malas. Ini salah satu bentuk cause and effect, seperti pepatah Arab ada menyebut man jadda wajada , man zaro'a hasada.... ia bermaksud sesiapa yang berusaha dia akan dapat apa yang diusahakannya, sesapa yang menanam dialah yang menuainya...

Sebagai memenuhi topik mengenai malas ini maka saya buat beberapa kategori malas yang boleh kita ambil pengajaran darinya :

1. MALAS MEMBACA
Sikap malas membaca membawa kesan yang cukup besar. Malas membaca bermakna banyak ilmu penting tidak akan diketahui seterusnya menjadikan kejahilan itu sebagai titik utama kegagalan. Kebanyakan CEO-CEO dunia kuat membaca.. ini kerana ia memberi mereka idea-idea hebat semasa mengemudi sesebuah organisasi.. malah kita patut menyelami salah satu ungkapan mahsyur seperti all leaders are readers... semua pemimpin itu adalah pembaca... so kenalah banyakkan membaca kalo nak jadi hebat.. sesungguhnya dengan ilmu Allah menaikkan darjat manusia itu daripada manusia yang tidak berilmu kepada manusia yang dihormati kerana ilmunya..

Berbincang mengenai membaca ini sebenarnya ayat pertama al-Quran yang diturunkan pada 17 ramadhan di waktu Nabi di Gua Hira adalah berkaitrapat dengan Iqra'.. iaitu 'bacalah' dengan nama tuhanmu yang menciptakan.

Betapa pentingnya membaca itu sehingga disentuh peringkat awal Nabi Muhammad diutuskan itu menjadi satu aspek utama sesebuah tamadun itu berjaya. Jika semua orang malas membaca, maka habislah negara. Tiada apa-apa yang boleh dibangunkan agenda ekonomi, sains, teknologi, akademik dan sebagainya. Ini sudah tentu menjadi bencana jika semua orang malas membaca. Oleh itu dalam Islam, menuntut ilmu itu wajib ke atas semua orang muslim.. Kita perlu rajin membaca untuk berjaya, dengan ilmu yang ada itu dipraktikkan untuk kegemilangan masa depan yang lebih baik.


2. MALAS BERFIKIR
Ini juga satu gejala kronik melanda. Ada orang bijaksana tapi menyalahgunakan kebijaksanaan itu untuk perkara sia-sia. Apatah lagi orang malas yang mmg malas nak berfikir sudah tentulah ia telah membazirkan berjuta sel neuron otak yang dikurniakan tuhan untuk hidup mereka.

So kita kenalah jadi insan yang bersyukur, gunakan akal ini untuk berfikir dengan rasional dan bijak. Jangan rosakkan otak ini dengan perkara memudaratkan seperti minum arak, hisap dadah, hisap rokok dan sebagainya. Bila kita berusaha untuk rajin berfikir maka semakin tajamlah daya pemikiran seseorang itu kerana banyak sel neuron yang aktif bekerja. Sebaliknya jika kita malas berfikir maka semakin banyaklah sel neuron 'mati' dan tidak aktif. Orang kata lembab pemikiran ni satu gejala yang perlu dielakkan supaya tidak menjadi masyarakat yang bebal.

Apabila masyarakat bebal maka makin banyaklah aktiviti-aktiviti yang 'lagha' berlaku. Sebagai contoh disogokkan dengan hiburan melampau sehingga meninggalkan solat dan dicemari aktiviti tidak bermoral maka ia sebenarnya merujuk kepada tahap pemikiran yang masih rendah seperti zaman jahiliah. Orang-orang yang tahu berseronok sahaja dan malas berfikir mengenai kehidupan yang lebih serius untuk berjaya maka kesannya rosaklah generasi dari masa ke semasa.

Makin banyak penghibur daripada para cendekiawan ini bermakna makin banyak kejahilan daripada kealiman. Sepatutnya jika anda rajin berfikir sudah tentu boleh menyelami apa yang berlaku pada masyarakat sekarang. Trend akhir zaman di mana anak-anak muda lebih suka kerja yang popular dan lumayan dengan mudah melalui menjadi penyanyi segera. Kalo diikutkan ini satu trend yang bahaya, terlalu banyak hiburan menjadikan sesebuah masyarakat itu malas berfikir untuk masa depan. Tahu berseronok dan membiarkan masalah yang ada seolah tiada apa-apa.. Ini satu sindrom malas berfikir yang perlu diambil perhatian serius wahai sahabat-sahabatku..


3. MALAS BERUSAHA
Kategori ke3 yang saya rasa semua orang mengetahuinya. Kategori ini memang berkaitrapat dengan apa yang saya nak simpulkan dengan topik ini. Ada orang nak cepat kaya tapi malas berusaha. Ada orang nak buat bisnes nak cepat kaya tapi malas nak berusaha untuk berjaya.

Saya rasa tahap pemikiran seperti ini adalah kerana kurangnya ilmu dan pemikiran.. Ia menjelaskan kategori satu dan dua berkaitrapat. Kerana malas membaca dan malas berfikir membuatkan sesorang itu malas berusaha.

Jika dia rajin membaca, mengetahui banyak perkara ajaib dalam hidup sudah tentulah dia akan rajin berfikir untuk masa depannya then kuat berusaha untuk mencapai apa jua yang diimpikan.


Fi khulasatil qaul.. sebagai kesimpulan, kesemua kategori ini adalah sikap-sikap negatif yang anti-kejayaan perlu dihindarkan dalam hidup kita. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat di luar sana, usahlah malas membaca, usahlah malas berfikir dan usahlah tegar berusaha gigih.

Semoga artikel ini akan membuka dimensi pemikiran baru kepada anda semua. Mengenali sikap-sikap malas ini untuk kita membuat pembaharuan (kaizen) dalam apa jua aspek kehidupan. seterusnya mungkin saya akan continue dengan sikap-sikap positif pula. :) just keep in touch with us..
http://www.rahsiaebiz.com/self-motivation/malas-hindari-sikap-anti-kejayaan-2.html

Friday, April 15, 2011

Bahasa Melayu boleh kuasai sains

Oleh: W. RAHIMAH DRAMAN
BERBICARA mengenai sains dan teknologi, umum akan terarah kepada Barat dan Eropah. Seolah-olah hanya negara blok berkenaan sahajalah yang maju dan bertamadun.
Negara seperti Amerika Syarikat dan Britian yang berpaksikan bahasa Inggeris sebagai bahasa keilmuan pasti terpahat di minda meskipun Jerman, Perancis, Rusia, Jepun, Itali dan Korea yang berkembang dan maju melalui bahasa ibunda masing-masing jauh lebih maju.
Sedangkan Islam melalui bahasa Arab yang jadi pencetus penemuan sains dan tamadun keilmuan dalam peradaban manusia moden terus terpinggir, dipinggir dan meminggirkan diri.
Soalnya benarkah bahasa Inggeris bahasa ilmu yang dominan dan penemu kepada inovatif keilmuan dalam sains?
“Tidak ada satupun negara yang telah maju sekarang mengguna bahasa asing (bahasa Inggeris) dalam meneroka dan membina kemajuan mereka.
“Semua negara maju ini sekarang mengguna bahasa ibunda yang berteraskan adat budaya setempat masing-masing apabila mereka cipta dan mengembangkan kemajuan sains dan teknologi mereka,” kata Profesor Ir. Wan Ramli Wan Daud.
Pengarah Institut Penyelidikan Sel Bahan Api Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sebaliknya berkata, bahasa ibunda yang berteraskan nilai-nilai budaya asal negara masing-masing adalah pencetus dalam keilmuan sains.
AS dan Britian maju kerana mereka mengguna bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Inggeris. Jerman, Perancis, Jepun, Korea, Itali dan Rusia yang jauh lebih hebat inovasi keilmuannya dalam sains adalah hasil penggunaan bahasa yang berteraskan budaya asal nenek moyang masing-masing.
“Tetapi bahasa Inggeris digunakan untuk menjual inovasi hasil keilmuan melalui penterjemahan daripada bahasa ibunda asal mereka,” katanya.
Malah tegas Wan Ramli, ilmuwan dan saintis anak jati Amerika dan Britian sendiri mungkin tidak ada jika tiada para sarjana luar yang berhijrah dan bermastautin ke negara berkenaan atas pelbagai faktor, terutama dari negara Arab dan ilmuwan Islam.
Di Malaysia katanya, bahasa Inggeris tidak diperlukan dalam penerokaan bidang sains kerana semua sumber, istilah dan rujukan dalam bahasa Melayu sudah lebih dari mencukupi.
Malah saintis dan ilmuwan bertaraf profesor di Malaysia jauh lebih banyak dan berinovatif berbanding Singapura yang tidak sampai 20 peratus saintisnya bertaraf profesor.
Beliau berkata demikian ketika membicarakan mengenai ‘Penyelidikan Sains di Malaysia; Antara Keperluan Tempatan dan Tuntutan Antarabangsa’ pada seminar Penguasaan Sains sebagai suatu kefarduan: ke arah penyuburan budaya ilmu yang Islami.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas ketika menyampaikan ucaptama pada seminar dua hari itu berkata, Bahasa Melayu disifatkan sebagai bahasa mantiqi, seperti bahasa Arab, Farsi mahupun Yunani yang jadi pencetus peradaban dan pembina tamadun.
“Tetapi bila kita mengubah bahasa Melayu asal yang tepat dan betul. Ini bermakna kita mengubah pengenalan diri kita dan tidak lagi mencermin dan mendidik akal fikiran bangsa kita mengikut acuan mantiqi,” tegasnya.
Seramai 13 ilmuwan dan sarjana Islam (Melayu) melontarkan pandangan masing-masing pada seminar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kira-kira 100 peserta menghadiri seminar dua hari pada 13 Februari lalu.
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Dzulkifli Abdul Razak bagaimana pun berkata, perkembangan ilmu dunia Islam termasuk di Malaysia sering diperkecilkan oleh barat.
Beliau yang juga ahli pemikir, perunding dan ahli sains di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pengerusi Naib Canselor Universiti-universiti Malaysia menambah, konsep sains adalah untuk mencari kebenaran bagi keadilan yang berteraskan al-Quran.
“Untuk maju dan membina tamadun peradaban, sesuatu bangsa itu mestilah menguasai dan mengguna bahasa ibunda tulen mereka sendiri dalam penguasaan ilmu serta menjadi peneroka ilmu baru seperti tokoh sains Islam silam bukan sebagai pengikut,” katanya.
Kemajuan sains hasil inovasi saintis moden yang dimajukan barat kini bagaimanapun katanya, gagal memanusiakan manusia kerana tiada amalan perkongsian ilmu sebaliknya berkonsep kuasa keilmuan serta lari dari tabie alam semesta yang menjadi sumber dan punca dalam penerokaan sains seperti digariskan Islam.
Dzulkifli berkata demikian dalam pembentangan mengenai ‘Saintis Muslim yang mengikut atau yang meneroka dan merekacipta?’.
Pengarah Pusat Sains dan Teknologi IKIM, Dr. Mohd Zaidi Ismail pula menegaskan, sains tabie (natural science) dan semua disiplin ilmiah yang dimajukan harus serasi dengan apa yang telah disabitkan atau fitrahnya.
“Saintis (Islam tentunya) kena faham tabiat asal sumbernya dan perlu ada kaedah pendekatan sesuai dengan tabienya seperti digariskan al-Quran dan sunah.
“Sains Islam bersifat saintifik iaitu terbuka, bukan saintistik iaitu mutlak dan ideologi untuk didewakan (saintisme) serta dijadikan neraca keilmuan sebagaimana menjadi amalan ilmuwan barat,” jelasnya dalam kertas kerja bertajuk, `Alam semesta sebagai ayat Allah: Panduan ilmuwan untuk saintis Muslim.’
Menurutnya, sains berkait terus dengan akal budi manusia di mana penerapan alam diserapkan untuk ditafsir dan diolah bagi kepentingan sejagat.
Ini tambah beliau ditegaskan dalam firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran ayat 190 yang bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang yang berakal..

Friday, April 8, 2011

Delegasi Universiti Negeri Yogyakarta ke Fakulti Sains


Pada bulan Mac yang lepas, Fakulti Sains menerima kunjungan daripada Universiti Negeri Yogyakarta (UNY) yang melaksanakan program mobiliti ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini merupakan kerjasama Fakulti Sains bersama Pejabat Timbalan Naib Cancelor(Akademik dan Antarabangsa).
Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang delegasi berada di UPM iaitu, sesi dialog UNY- Kelab Kimia, UPM Tour, City Tour , serta lawatan ke kuliah dan makmal peralatan. Aktiviti- aktiviti ini dikelolakan oleh pelajar-pelajar dan MPP Fakulti Sains.